Kelik kalau anda rajin,.. :] _

Tuesday 6 August 2013

QuickPost 0.1

SO hey . Perhaps today is the last day in Ramadhan and me right now tengah
'bertungkus lumus' menyiapkan sebuah lukisan. untuk apa ? SAJA.

Saja lah lukis nak ganti muka sendiri sebagai ucapan hari raya tetiap tahun yang selalu upload kat Facebook tu.
Makin dewasa makin segan nak letak gambar sendiri. wakaka

Tapi sekarang , lepas beberapa jam duduk depan skrin dengan tangan di pensil eh, pensil di tangan dan kertas dihamparkan di hadapan masih belum berjaya siapkan apaapapun .



nampak gambar tu ? Haa ! aku taktahu apa matlamat dan impian aku letak gambar tu. Haha. Okay satu lagi post tiada punca dan arah. Okay nak terus kan kerja dengan merenung ke dalam kertas kosong tu . Mana lah tahu kalau tiba tiba timbul lukisan secara ajaib dari dalam kertas tu kan ? :/

*pegang tongkat sakti* WINGARDIUM LEVIOSA !!


The History of #TwitOutCrew

Hi rakan-rakan ceria semua ! Sihat ? Apa Khabar ? Hi ! Hello ! Heyyy Helllo !
*mohon pembaca bertenang , sedikit gangguan sel berlaku dalam otak penulis*

Kita doakan penulis cepat pulih dari masalah dan tragedi yang tetiba ini.. =_='
Okay kita kembali ke tujuan utama post kali ini. Ya ! Ini cerita tentang sejarah #TwitOutCrew .

Baca tajuk atas ? dia tulis history tapi aku cerita ni taktau ada kaitan ke tidak. hiks hiks hiks. *gelak cam Aufa*

Bagi anda yang tidak tahu apa itu #TwitOutCrew , sila google atau cari dalam buku Biology , jika tiada mungkin dalam buku Account anda.
....
Jumpa ? Haha . Mestilah tak jumpa sebab orang genius mana nak letak benda ni dalam silibus kita .

Sebenarnya sejarah tentang kewujudan Crew Twitter ni agak kabur , malah lebih kabur dari jerebu yang lepas, mungkin lebih kabur dari spek mata yang terkena wap panas, atau sekabur pemikiran kita dengan subjek yang kita tak faham ? :/
Panjang pula penerangan tentang kabur. Sila abaikan.
 

[mula nak bercerita, sila sediakan keropok dan air sirap sambil membaca sejarah]

Sebelum wujudnya crew ini, sesama kitorang memang tak mengenali sama sama diri bm failed hancur mampus aku Sebelum ni mungkin ada sesetengah yang mengenali hanya dari nama , ucapan dari bibir menjadi bual khabaran di sekitar sekolah lama. Cewah bajet femes dikenali betul.

Yang aku tau, antara pencetus kepada pertemuan kita di twitter tu mungkin dari Adik Hazwani ( Putera Perasan Hensem ) yang aktif di laman itu dan juga saya . Kami kenal di Facebook pada 2010 sebab saya tanya pasal result Worldcup . Entah macam mana  boleh dapat ilham nak tanya kat Alien tu , padahal memang tak pernah kenal. Okay then masa petanque 2012 kot, atau 2011 ntah baru lah kenal sapa. *sibuk fikir pasal keamanan dunia sampai lupa tarikh semua , pfft*

Then di Twitter mula lah merapu 24 jam atas talian . Lepas tu saya, dengan twitcon tak tau malu pun join mention kengkawan Wani tu.  Besalah saya kan boring takdak kerja nak buat mula lah buat sesi ramah mesra alam sekitar. haha, Maka dengan itu saya mula kenal cik Ain . Tambah lagi Ain memang rapat dengan Wani alien tu . Maka lepas tu makin ramai lah kenal. Nabila atau byla. Ketika itu saya panggil dia bella, astro bella. Dan Wani perasan astro awani, penyampai maklumat semasa. Hahaha, itu memang kelakar. wani ? maklumat semasa ? dia hanya tahu tentang retis kanak2 ja masa tu.

Lepas tu, kenal pula Adib , rasanya kenal adib dulu kot. oh ntah. Masa tu aku lupa terus siapa makhluk hensem bernama Adib ini. Lepas disoal selidik , okay baru tau dulu dia bekas sekolah aku juga. Dan dia sepupu akmal. hahha. Misteri semakin banyak terungkai . Diriku terasa ibarat Sherlock Holmes :')
lmaooo . k. then  . Aida , ingat lagi poem dia tu ? haha. Sebuah parody poem pokok tu aku buat . Jadi semakin kenal dia lah. Lepas tu muncul students dari Dato' Sheikh. Maka saya mula kenal Aufa , Syahmi , Athirah dan Reen . Semua kenal lepas SPM, masa cuti lama tu lah.




Oh, #TeamBrekFast ! haha , ada Sardin, Karipap, Milo, Susu ( quenn of azkaban ) . Ada juga Popia , nangka busuk <-- adib.="" hahaha.="" nbsp="" p="">Dalam semua yang ni aku ja yang selalu skip breakfast sebab aku bangun waktu lunch . cis.

Aku agak kurang pasti macam mana boleh terfikir tentang team ni haha. :D
yang kiri ni lukisan dari Karipap ( Wani ) . dan yang bawah ni dari Sardin ( beta ) . Susu atau Quenn ( Aida ) dan Milo ( Syahmi ).




Rajin nya aku time ni nak lukis semua haha. Biasalah , waktu itu masa kosong banyak sangat.

Apa aktiviti team ni ? Aktiviti bebas yang tiada perkara yang solid. Semua ikut arus pemikiran yang spontan .




Okay lepas tu, Kenal Jiha . Masa tu rasa awkward sikit sebab ingat Jiha ni orang putih mana kat twitter. Ada lah satu masa tu tegur dia sebab terbaca wani RT , pastu dari situ mula kenal . Masa ni aku mula mengajak Anas bertwitter juga sebab aku tau dia bosan tetiap hari. kekeke. Oh then Jamal perbaharui account lama dia. Maka makin ramai yang ada di Twitter. Anas pun mula berkenal dengan diorang. Mula-mula nampak semua baik sopan santun penuh kewibawaan di jiwa. lepas tu bila dah kenal makin banyak rapuan . haha. Kemudian Wafiy pun mengaktifkan account dia dan join berinteraksi dengan kitorang semua. Then aku baru nak kenal Azrul. padahal lama dah kenal.

Selepas beberapa kali berhangout, maka terciptalah nama #TwitOutCrew ni . 

Pabila orang asing yang sebelum ini tidak mengenali antara satu sama lain ditakdirkan bertemu dan menjadi sahabat rapat.
Di alam maya dan realiti kita berkomunikasi bersama sambil mencipta memori.
Setiap saat gembira dan duka pasti ada yang mengambil cerita . 
Inilah cerita kita !


*benda apa aku taip atas tu =_= kbye*


Gambar atas, gwiyomi mende ntah hahaha. Kesian alien sorang kat bawah tu. :'( 
dan byla. ==' berapakah itu ? :/ 
dan anas =___= . mende tu. 

[BelakangDariKiri| Syahmi yg rajin, Izzi yang lagi rajin, Adib yang terlebih rajin, Anas yang rajin laa juga, Jamal yang rajin sangat-sangat, Wafiy yang rajin sikit :P ]
[DepanDariKiri| Aufa yang suka menguap, Jiha yang suka pijak spek, Aida yang suka menyanyi, Ain yang suka menjadi random, Byla yang suka pening ]

bawah tu alien. lalala

:D 

p/s : ini lebih kepada macam mana aku boleh kenal korang semua. 
next post, cerita lebih specific tentang setiap orang hee.  

see you again !