Kelik kalau anda rajin,.. :] _

Friday 13 December 2013

Pokodapa's : Words

Heylo !
I tried to come out with my own words this time, just wanted to use my brain a lil bit during this holiday.
Playing with tools in photoshop was quite confusing sometime but i like it.
So, here's the outcome of what i've done for the past few hours.

asdfghjkl
there might be a slight grammatical errors in this gif, please ignore it lol

Monday 9 December 2013

Kisah Yang Tiada Penamat (cabaran imaginasi 1 jam)

Chapter one : The No Ending


  Hujan turun dengan lebatnya di sekitar kawasan rumah Izzi. Dia merenung jauh ke luar jendela memikirkan tentang kesihatan kucing nya; cikebum, yang telah disahkan menghidap selsema kentang. Mengikut maklumat doktor yang ditemui, selsema kentang ini datangnya dari Ireland, ia telah di hibridkan oleh sejenis bakteria misteri yang tidak diketahui namanya dari Kentang ketika 'The Great Potato Disease' yang melanda Ireland suatu ketika dahulu. Tiba-tiba, Izzi teringat tentang kisah Potato People yang dia belajar suatu ketika dahulu di sekolah.
  "Oh, nama dia Patrick kan?" bisik Izzi kepada telefon bimbitnya.
Bzzz.. Bzzz.. Telefon bimbitnya bergetar.
Izzi menekan telefon bimbitnya, oh ada sms.
Dia membuka sms itu, lalu terpapar lah sms menyatakan
"YA !!!"
Izzi terkejut lalu melempar telefon bimbitnya ke dinding dengan sepenuh perasan sambil menjerit ketakutan. Telefon jatuh ke lantai. Tiba tiba telefon itu berdering...

~anim mayek anim mayek ooo la la la ~

Nada dering yang berbahasa Afrika memecah keheningan tengah hari itu.
Izzi kembali mengambil telefon itu, tertera nama 'HaGeWani'.
OMG !!!
Izzi terkejut lalu menikam telefon itu dengan pensil picitnya yang dibeli di Tesco 4 tahun lepas.
Izzi berlari ke luar rumah sambil memandang langit yang sudah cerah tanpa sebarang kelibat awan, dia berlari menuju ke hospital untuk melawat Cikebum.


 

-




"Ish kenapa dia tak angkat phone ni? hmm.." Keluh Wani sendirian.
  Sambil membuka skrin laptopnya, wani terus mendial nombor tersebut. Sebaik laptop nya telah dibuka, dia dengan pantas nya menaip Youtube.com dan mencari video artis kegemarannya ; Bobo.
Wani melempar phone nya jauh ke selatan tanah air apabila video bobo mula dimuatkan. Dia ketawa dengan penuh semangat bagaikan dirasuk melihat bobo yang comel itu. Tiba- tiba, bunyi benda terlanggar pintu kedengara dengan kuat sekali, wani terkejut. Kemudian terdengar orang memberi salam dari luar rumah, wani mula cemas. Dia takut jika orang lain tahu dia minat bobo dalam diam, dia takut jika Nabyla mula menjauhi nya. Wani masih ingat, suatu ketika dahulu dia pernah menayangkan video bobo kepada Nabyla. Dia tidak dapat melupakan kejadian itu. Masih kedengaran orang memberi salam, wani tersedar dari lamunan sementara itu. Dia dengan pantasnya mencapai selimut dan membaluti kepalanya, mengambil lesen kenderaan yang tidak berguna itu di atas meja dan melemparkan keluar tingkap.
.
.
Kemudian dia tersedar, kenapa dia melemparkan lesen tersebut ? Sudahlah dia benci untuk pergi latihan itu semua, kini dia kesedihan sendirian semula. Tiada lagi kedengaran orang memberi salam. Wani bergegas bersiap untuk keluar rumah, dia ingin mencari kembali cahaya yang memberinya semangat selama ini, cahaya yang membawa kebahagiaan kepadanya, dia ingin mencari BOBO.

 

-



Burung terbang dengan riang di atas pokok, ya, burung itu terbang di atas pokok. Haida memerhatikan keriangan burung itu. Tiba tiba dia melontarkan 3 biji batu sebesar mata burung unta ke arah burung itu, rebah burung tersebut jatuh ke bumi. Dia resah memikirkan nasibnya yang baik tiada berkesudahan. Dia sering bernasib baik dalam setiap benda yang jadi di dunia ini. Jika dia inginkan KFC, maka Pizza KFC Secret Recipe dan segala benda berkolestrol itu muncul dengan tiba-tiba di hadapannya. Namun, hari ini nasibnya berubah sama sekali. Pagi ini, sebelum dia bangun tidur, laptop nya telah kehabisan bateri. Pagi ini juga, sebelum dia mandi, berus giginya telah terjatuh ke dalam mangkuk tandas. Haida mengeluh dengan susah hati. Haida meneruskan perjalanannya ke rumah rakannya yang misteri. Sambil dia berjalan sambil mindanya berkeliaran di dalam kotak imaginasinya yang tiada penjuru. Ya, sudah lama dia ingin menjadi bintang realiti, sudah beberapa kali permohonannya untuk memasuki Akademok Fantasok tidak berjaya. Hanya satu perkara yang selalu menjadi penghalang kepada masalah ini; Kuku. Haida sangat pembersih, kukunya tidak pernah sekali pun melebihi hujung pangkal jarinya. Setiap hari dengan menggunakan kanta pembesar, Haida memerhatikan kukunya dengan teliti, lebih dari 6 Jam masa digunakan untuk menganalisis kukunya.
PANG!
"ouchh..aww sakitnye oi aduh wau" jerit Haida dalam hati.
"Bodo punya pintu, dah nampak aku mai bagi lah salam" keluh Haida lagi.
Tiba tiba dia tersedar, oh kenapa malang sangat nasib aku harini.
Haida mengelap titisan air mata yang mula turun perlahan dari mata kirinya. Haida mula memberi salam.
.
tiada jawapan
.
Haida memberi lagi salam.
.
masih tiada jawapan.

"Ahh, mana orang rumah ni" jerit Haida sambil mencabut rumput di luar rumah.
Haida terus memberi salam untuk beberapa ketika kemudian dia mengalah dan beredar.
Dia berjalan tanpa arah tuju dalam kehidupan.
 " Akan ku berjalan,
angin bawa ku pergi,
  bawa ku pergi dari sini,
mencari realiti kehidupan"
~buku merah jgn lupa bawa moga moga belum tamat tempoh~
Nyanyi Haida dalam minda.

 

-



Anaze memerhatikan skrin laptop nya, mencari jawapan tentang misteri kehilangan haiwan peliharaan nya. Setiap abjad di Google Search dibaca dengan penuh teliti, tiada kelibat jawapan yang di cari. Lalu beliau membuka Twitter.com dan tweet tentang perkara itu, seorang pengguna twitter dengan nama 'um' memberikan jawapan yang tepat. Anaze bangun dari kerusi dan menepuk tangan sambil mengelap air mata tanda terharu, dia menghebahkan khabar berita itu ke seluruh pelusuk dunia. Indahnya hari ini bagi Anaze. Dia mengikut tweet dari Um itu. Dia berlari keluar rumah dan memandang langit. Penuh berhati hati dia berjalan, tiba tiba seekor lipas melintasi hadapannya. Anaze memandang lipas, Lipas memandang Anaze. Mereka berpelukan seminit lalu kemudiannya meneruskan kehidupan masing masing. Anaze terus mencari kelibat haiwan peliharaan nya itu.  Anaze terus berjalan, sambil memandang langit. Dia berjalan lagi dan terus berjalan. Tiba tiba dia menemui sebuah tembok yang tinggi, tidak dapat dipastikan apa yang ada disebelah tembok itu. Dari atas, Anaze dapat melihat ranting pokok dan seekor burung.
oh burung, comelnya.
 

HAHHH ? BURUNG  TU ! Anaze menjerit penuh ceria dalam hatinya, menemui burung kesayangan nya yang terbang dengan penuh keriangan, akhirnya penantianya telah berjaya. Anaze cuba memanjat tembok namun tidak berjaya, tembok itu terlalu tinggi baginya. Dia teringat tentang isu ketinggian yang pernah timbul di twitter suatu ketika dahulu, Dia rasa sangat merendah diri dalam isu tersebut, tapi dia rasa sangat tidak percaya dengan satu kenyataan di Twitter oleh pengguna yang bernama 'HageWani', dia rasa itu suatu dusta yang cuba dibenarkan  oleh twitter, dusta ketinggian yang di hakikikan. Tanpa diduga, 3 ketul batu jatuh di hadapannya, Anaze terkejut.
" Fuhh selamat tak kena aku" jerit Anaze dalam hati.
Tiba tiba.. Burung itu jatuh ke bumi.
Anaze memandang kejadian itu dengan penuh kehibaan. Dia merasa dunia bagaikan tidak adil, kenapa perkara sebegini harus jadi kepada aku ? Kenapa ? Kenapa
??
Anaze mengoyakkan sebahagian daripada bajunya dan melutut ke tanah, dicapainya burung tersebut untuk membalut nya. Tiba tiba lagi, burung tersebut bangun dan menari 3 saat dan terus terbang ke udara.
Anaze terpesona seketika dan tersedar. Dia berduka dalam kegembiraan, gembira kerana burungnya masih hidup, namun berduka kerana perlu meneruskan pencarian burung itu. Anaze berlari mengekori burung tersebut dengan kepantasan kilat.
 

-

 

Seharian Jihaze berada di biliknya, dia masih memikirkan tentang kebenaran cerita yang didengarinya malam tadi. Benarkan ? Sahihkah? persoalan itu terus bermain dimindanya. Dia ingin menenangkan hatinya, lalu dia melayari internet dan menaip ' Inspiring Quote for me ' di Google. Dia membaca setiap istilah yang tertera namun terdapat satu quote yang menarik perhatiannya.

' Everything you want, the answer is above you, look at the sky '

Ya ! Sky . Langit .
Jihaze sangat meminati benda yang terapung di langit. Helikopter, Burung Dodo, Alien, UFO, segalanya mekar di dalam kotak minat di mindanya. Dia membuka twitter dan terus spam timeline dengan perkataan 'Sky'.
SKY SKY SKY SKY ... sehinggalah dia terkena sekatan kerana terlalu banyak mentweet, sekatan ini dinamakan Tweetlimit. Satu perkataan yang paling ditakuti oleh seluruh penduduk twitter. Tiba tiba, Jihaze teringat akan sebuah pokok yang ditanamnya pada beberapa minggu lepas, biji benih pokok itu jatuh dari langit. Dia sangat sayang akan pokok itu kerana pokok itu jatuh dari langit. Jihaze terus bersiap dan keluar rumah untuk menuju ke rumah rakannya, tempat dia menanam pokok tersebut. Sambil berjalan , dia menari keriangan tanpa sebab, dia terus menyanyi..
"OO baby you light my world like nobody else
The way that you flip your songkok gets me overwhelm
right now lalalala " nyanyi Jihaze sambil menjerit.

Setibanya nya di destinasi, dia sangat teruja ingin bertemu dengan pokoknya. Dia memerhatikan halaman rumah, dia mengesan sesuatu yang misteri. Segalanya telah hilang, semua tumbuhan hijau di halaman tersebut telah di cabut. Siapakah gerangan yang kejam sanggup mencabut semua ini tanpa kebenaran ku ?
Jihaze terduduk. Dia memandang Sky.
Dia mengharapkan keajaiban turun dari Sky dan membantunya yang sedang dilanda derita. Dia mencari cangkul untuk mengebumikan pokoknya itu, tiba tiba dia terpandang seekor lipas melintasi kawasan itu, dia mengabaikan lipas itu, eee dah la busuk. Jihaze meneruskan proses pengebumian. Sesudah itu dia beredar dari kawasan tersebut menuju ke satu destinasi yang tidak dipastikan lagi.



-



  Keresahan mula meliputi seluruh perasaan Eskrim. Dia berlari ke hulur ke hilir mencari penawar kepada sumpahan yang diterima nya. Dia masih ingat, pada hari itu ketika dia sedang mengoreng ayam untuk dijadikan ais, dia telah terendam sebiji kentang didalam cecair misteri yang muncul secara tiba tiba di dalam peti aisnya. Keterujaan menghasut mindanya, cecair percuma itu di isi kedalam bekas dan diremdannya kentang. Kini dia menyesal, menyesal sangat. Dia tidak bermaksud untuk melakukan perkara tersebut sama sekali. Eskrim terus berlari mencari arah tuju, dia terus berlari dan berlari. Dia teringat kembali, kemudian kentang itu telah di buang ke rumah jiranya kerana baunya yang agak busuk, dia tidak suka bau yang meloyakan tengkaknya itu. Sebelum dia beredar masuh kerumah selepas membuang kentang itu, dia ternampak seekor kucing comel menjilat kentang itu, dia buat tidak kisah saja dan terus masuk ke rumah sambil membetulkan apron. Selepas itu dia terus tidur seperti tiada apa apa yang berlau. Tapi sebaik sahaja dia membuka matanya pagi ini, dia sedar sesuatu yang misteri telah jadi kepadanya, dia bukan lagi manusia. Dia cemas, dia berlari ke almari namun perjalanan itu dirasakan sangat jauh dan lama sekali untuk tiba. Dia memandang cermin, alangkah terperanjatnya Eskrim apabila dia telah bertukar menjadi seekor Lipas. Kenapa ? Apa salah ku ?
 

Khayalan masa lepas Eskrim terhenti apabila dia terlihat seorang remaja memandang nya. Remaja itu mendekatinya dan terus memeluknya dengan penuh kasih sayang. Eskrim dapat merasakan kehangat kasih sayang dan kesedihan daripada remaja itu. Dia sangat terharu masih ada manusia yang sanggup memeluknya walaupun dia seekor lipas. Selepas itu Eskrim meneruskan perjalanan mencari petunjuk kepada masalahnya itu. Dia dapat menghidu bau dirinya, oh, seperti gentut sahaja. Namun itu tidak menjadi masalah kerana dia telah biasa dengan bau seperti ini.
 Dia tiba di sebuah kawasan perumahan, dia melintasi setiap rumah ingin mencari cara untuk dia kembali ke keadaan asal. Eskrim melintasi sebuah rumah yang cantik dan di hadapan pintu rumah itu kelihatan seorang remaja sedang mengorek tanah. Eskrim hairan, remaja yang comel itu mengorek tanah tanpa sebab yang munasabah. Remaja itu melihat Eskrim dengan muka penuh kebusukan, Eskrim terasa hati lalu terus berlari ke arah jalan. Dia terus berlari mencari penawar yang dia sendiri tidak tahu bagaimana..


bersambung........

Wednesday 4 December 2013

Journey to a mysterious Island !

So , Hi !
This date ; 3 november 2013, i went to somewhere with my friends , it was a trip to an island .

Macam misteri ja , tak pun. Okay jadi entry kali ini menceritakan tentang perjalanan selama 2 hari kami ke alam misteri sana, lol. '''misteri''''
Saksikan lah !! *bunyi drum*