Kelik kalau anda rajin,.. :] _

Wednesday, 4 December 2013

Journey to a mysterious Island !

So , Hi !
This date ; 3 november 2013, i went to somewhere with my friends , it was a trip to an island .

Macam misteri ja , tak pun. Okay jadi entry kali ini menceritakan tentang perjalanan selama 2 hari kami ke alam misteri sana, lol. '''misteri''''
Saksikan lah !! *bunyi drum*




-2 November 2013-


Lebih kurang pukul 10malam, ketika aku sedang tenang dan nyaman dihembus aura internet, tiba tiba aku menerima satu msj. Terdetik sedikit kegembiraan di situ sebab sudah sekian lama phone aku tidak menerima sebarang sms dari sesiapa. Dengan penuh keterujaan aku membuka sms dan membaca..

"RM:0. Dapatkan video
eksklusif selebriti di
Hotube. RM2/mggu....."

DAYUM !! Terima kasih kerasa sudi hantar sms walaupun spam saja.

Aku kembali fokus menghadap computer di hadapan, ibarat melakukan kerja yang dibayar gaji. Tiba-tiba, phone aku menari bergetar dengan iringan cahaya ( untuk maklumat tambahan, phone aku tu dah sakit nazak, speaker dah rosak, tak ada bunyi yang keluar langsung ) , lalu aku pun dengan kalutnya menyambar headphone dan dipasangkan kepada phone aku. Dengan cara macam tu baru aku boleh mendengar pihak pemanggil. wakaka. Baik bakar ja phone tu . Ikrimah di talian , dia tanya mengenai esok,
"weh esok hang nak jadi ka p ?"
hah ? p mana ni ?
"lahh, p pulau tu lah"
ooooo. HAH ? mmm. jadi lah KOT...
"haa takpa2 , nanti bgtau lain"

Wah. Tahniah sungguh, dah pukul 11malam baru bagitau yang diorang memang jadi nak pergi pulau. Indah sungguh. Awat lah tak bagitau pukul 7pagi esok tu ?

Lepas tu, Al amin pulak call tanya benda yang sama. Jawapan aku pun sama juga lah.

Dengan hati yang resah dan sedikit gelisah, aku pergi menyoal dan meminta kebenaran dari parent ku, dalam hati duk rasa macam susah nak p,  gundah gulanah betul
Dan, yes. mendapat kebenaran untuk pergi .

Yays.

Kemudian aku pun terus bergegas sambung online seperti tiada apa apa yang terjadi. Sehingga lah ibu ku membuka soalan , " Aik tadi kata nak p pulau ? tak cari lagi ka barang ? "

Aku pun..







-3 November 2013-


Pagi itu aku bangun agak awal dari kebiasaan, bangun dengan penuh harapan.
Harapan untuk sambung tidur..
Tapi tak terdaya ! Aku perlu memaksa diriku untuk terus bangun dari alam mimpi . Mengheret diri sendiri pergi mandi dan bersiap, duduk seketika di hadapan komputer sambil mengecas kamera, aku menyoal mereka, pukul berapakah nak pergi jeti ? mereka membalas pukul 7 lebih.
Jadi aku pun bersiap untuk pergi pada waktu itu.

Aku yang kelaparan tidak bersarapan lagi, masih terpinga pinga dengan tujuan kehidupan pada hari itu, merenung di dalam kereta melihat keindahan permandangan sewaktu perjalanan ke jeti. wakaka. padahal aku tengah tahan mengantuk waktu tu. Lalu dengan tiba tiba, aku sampai ke destinasi . Pada masa itu aku sedang memikirkan tentang kewangan semasa aku, dalam minda ku , "habis lah duit aku simpan untuk beli phone baru . cis "

Ya, keadaan di Jeti sangat sesat pada waktu itu, ibarat tin sardin yang di pijak pijak oleh gergasi dari sinetron. Aku menoleh ke kiri kanan mencari kelibat diorang, wahh ! tak jumpa.

Aku masuk ke tempat menunggu, aku keluar,
Aku berjalan di tempat kaunter, aku masuk,
Pusing pusing di tempat menunggu tanpa tujuan, orang lain mula memandang serong terhadap aku. pfft.

Sedang aku keresahan memikirkan yang aku sesat di jeti ( macam besaq sangat jeti kola perlis tu ) mereka tiba mencuit bahu ku. Terkejut woi. Dah la phone aku takleh nak cakap , susah aku nak cari hampa , tadi msj suruh tunggu kat kaunter aku p lah tunggu takdak hampa pun woi hampa p mana woi woi woi..

....

Di hadapan jeti , sebuah kedai makan menjadi tempat kami bersarapan. Pada mulanya aku nak makan nasi tapi tetiba terikut dengan Anas dan Al amin yang hanya ingin makan Roti Canai. Kden. Jimat duit aku.

Lepas sarapan, masih ada beberapa belas minit sebelum feri tiba, kami tidak tahu nak buat apa jadi kami pergi ke Masjid Terapung tepi pantai tu. Duduk lah situ melihat keindahan pantai kola perlis yang 'indah' sangat itu. (rolls eye) . Nak snap gambar pun tempat tu selalu pergi dah. Aku pandang ke atas dan melihat kipas besar yang tidak berpusing. Memang angin kat sini kuat pun untuk jana elektrik. Tunggu ribut ja lah.

....

Yes ! selamat berada di dalam feri. Memang sesak kat tempat menunggu tadi sementara nak beratur keluar dari situ dan pergi ke feri. Aku duduk di sebelah Ikrimah di kanan ku, dan seorang wanita misteri di kiri ku. Oh damn tak leh duduk tepi tingkap . Aku pakai sweater masa tu jadi tak lah awkward sangat duduk tepi perempuan. Dalam kepala ingat nak tidur ja tapi takleh, memang tak boleh tidur. heh, jadi aku pasang earphone dan phone nazak tu dan dengar lagu.

Tiba tiba, perempuan tu senyum kat aku, aku pun senyum lah balik. Risau dalam hati mula menebal. Takut mungkin dia akan mencuri hatiku nanti ? pfft . ayat novel haprak.
Ya dia senyum sebab dia nak minta laluan.

Akhirnya dia pindah tempat pergi duduk bersama rakannya yang jauh di sana, mungkin terdapat kekosongan barangkali. OMG TEPI TINGKAP !
Aku menjerit dalam hati dapat lihat lautan dan ombak. heh, macam tak pernah naik feri. Padahal setiap tahun naik.

This is them. From the left, ANAS, JAMAL , AL AMIN, AL AMIn, IKRIMAH . 


This , the mysterious woman beside me.

The scenery from my view, well, excessively edited.

....

Kemudian kami tiba di Jeti Langkawi dengan selamat. Okay, timbul masalah pertama, mana nak cari kereta sewa ? Sambil berjalan keluar, soalan ini berlegar di dalam minda kitorang. Sewaktu dah atas terminal tu, nak jalan keluar dari tempat feri, ada seorang lelaki mendekati kami dan bertanyakan tentang perihal mengenai kereta sewa, Hah cantik. Tepat pada masa. Tapi, biasalah. Orang yang cari pelanggan, harga mesti kaw kaw punya. Sesi pujuk memujuk berlaku sedikit, okay bagus dapat harga murah lah sikit. Dapat kereta Wira warna hitam. 

Kami berpecah di jeti langkawi , satu kumpulan ke mesin ATM / peta dan satu kumpulan lagi pergi membeli tiket untuk pulang. Aku dan Ikrimah ke kaunter tiket, Jamal, Anas, Al amin ke mesin ATM. 

Selesai semua benda, kami pun memulakan ekspedisi merantau Langkawi. haha. tanpa tujuan sebenar. Jadi kami bercadang , pergi ke Pantai Cenang untuk mencari tempat penginapan. yes, masalah kedua, tempat tinggal ? 

Tanpa sticker P di kereta, kami meluncur di jalan raya dengan Al amin sebagai pemandu. Kereta tu , memang ... tingkap belakang tak boleh buka, aircond kejap panas kejap sejuk kejap tak berfungsi, sama juga tingkap depan. memang mandi peluh lah. 

berbekalkan GPS , kami berjaya menjumpai Pantai Cenang. Good. But Bad. Tak tahu kat mana nak tinggal. Dengan memperlahan kan kelajuan kenderaan sambil melalui jalan di situ, mata kami berkeliaran dengan liar mencari tempat penginapan. Kami mencari parking sebentar dan berpecah mengikut dua kumpulan untuk mencari tempat tinggal. Aku dan Anas dan Jamal, yang lain pula Ikrimah dan Al amin. 

Kumpulan pertama ( aku ) , berjalan ke sebelah barat dan wau secara tiba tiba kami terjumpa pantai cenang. gembira nya rasa. Time tu agak panas lah juga. Kami berlegar legar di sebuah resort tanpa rasa bersalah, dan kami pergi berjumpa kumpulan dua selepas itu. hehe . tak cari pun tempat tinggal :p  
kump dua yang betul betul cari.

kemudian, kami decided untuk menginap dekat AB motel , sebab murah dan boleh duduk sampai 5 orang. Okay great settle satu lagi masalah. 



Ikrimah dan Amin dalam proses payment dan blabla. Anas pula letih menunggu diorang. HAHAHA

This is the only picture i took as we entered the room. pfft


....

And then, suddenly, ada abang tu tanya apa aktiviti kitorang petang ni ? Memang tak tahu nak buat apa, dia cadangkan suruh pergi naik bot ke pulau pulau, 25 ringgit saja sorang. kden. Kami pun terima lah. Dia suruh ready dan pukul 2 nanti tu tunggu kat lobi . 

Sementara tunggu pukul dua, kami kemas barang, solat dan mulakan misi mencari tempat untuk makan. yeah ! selamat banyak pilihan kedai ada. 
Jadi aku berjalan sekerat dan jumpa kedai, aku dan Anas. Kami lihat menu, okay. 'murahhh'

Nasi goreng dan Nasi goreng Paprik. 

Sambil menunggu makanan, yang lain pun datang. Selesai order, mereka pun bercadang ingin ke kedai sebelah untuk membeli seluar baju spek mata gelap. Yeh. Aku sendirian duduk di meja menanti makanan tiba. 
Selang beberapa minit, makanan tiba tapi diorang masih di kedai sebelah. Baik ! Itadakimasu ! aku makan dulu. Lapar gila kot . Nom Nom Nom.
Bila aku dah separuh habis, baru diorang sampai. Selamat.  Dah la phone diorang tinggal atas meja. 

kegembiraan yang palsu. haha. Lapar oi !

....

Sampai di bilik, aku teruja tengok baju Anas yang dia baru beli. Okay. Aku pun rasa teringin juga, lalu bergegas aku lari ke kedai tadi . Fuh selamat kedai tu dekat ja dengan bilik. Okay hampir pukul 2. kami turun ke lobi. Sebelum tu, kami buat mesyuarat nak mandi ke tak masa pergi naik bot tu ? hahaa. 

Tiba di Lobi. Sebuah van menunggu kami di depan. Oh , ada lagi orang lain yang pergi bersama kami. Ada 3 geng, Kami, seorang keluarga melayu dan sekumpulan kawan cina. Mula bertolak ke tempat untuk naik bot. 
Gila pemandu tu, ingat naik motor kot. dasyat juga dia bawa . 


- Selfie ! pfft. k . Tu dalam van
- Baju tu lah yang aku lari pergi beli . Tak mahal
....

Sebelum naik bot . 


Bot-bot tu lah yang kitorang kena naik.



Video ni unlisted so tkleh search kt youtube :p



Jadi Kami pun naik lah bot.
Okay , dalam bot tu aku eksaited jugak lah sebab tak pernah lagi naik benda benda cemni . Angin kuat, rambut terbelah .

Tapi yang sakit hati nya tu air laut selalu terpercik kena aku yang berkaca mata. Huh. Penat kena lap lap lap.
 Habis putus asa sangat, aku simpan saja cermin mata dalam tangan. Tidak ku hiraukan kerabunan yang menyerang, asalkan wujud paparan berwarna di depan mata .
Bunyi enjin bot memang Bzzzzzzz. Kalau nak sembang pun kena menjerit , tapi yang best nya bila menjerit pun tak dengar sangat.
Depan aku ada kumpulan chinese duduk, rambut dia panjang, angin kuat, jadi memang melayang ke arah aku, tapi tahniah la sebab tak kena aku haha.

Oh, ada tiga tempat yang akan kami tuju dengan menaiki bot ini. 



Anas Amin dan (anak panah) tgn aku dan kamera .










Tasik Dayang Bunting


K tak pernah sampai sini lagi, mula mula buat seronok bila dah sampai, sigh. bosan.
Ada tasik ja pun. hahahahaa.

Oh , yang menariknya,kena panjat tangga.

The tasik

The Crew.

Among one of the things that attracted my attention.

We used our energy at its fullest heh. Yep i was so thirsty at the time and there was no stall no food court , nothing. I tasted the lake's water and it's a bit salty , haha. why i tasted it ? we had an argument about the taste of the lake water . If i could drink all of the water around me that would be good :/







Tempat Burung Helang whatsoever


Meh. Di sini ada burung ja terbang, berhenti sini tengok atas tengok burung berpusing .


This chinese guy was so excited to see those animals .


Pulau Unknown


Pulau ni, aku lupa nama dia atau aku taktahu langsung nama dia. Rasanya pulau basah apa kejadah ntah. k lupakan

Kat pulau ni lawa la juga pantai dia, tak macam pantai kat Perlis :p
Ramai orang mandi kat sini, kami semua pun duk bincang nak mandi sini atau nak tunggu balik ke pantai cenang nanti baru nak mandi, last last kami decided nak mandi pantai cenang ja waktu balik nanti. Jadi , aktiviti kat pulau ni hanyalah jelajah main air dan ligan ketam.

Here's a bunch of photos from crazy guys lol

National Geograpik !






 Sebelum video ni, Ikrimah digigit ketam. wakaka. Cemas ja.

Nampak bekas gigitan ? tak jelas sangat. Tapi macam sakit
Ketam yang diburu
Akhirnya, mereka bersama jua.


Lepas tu, kami jumpa tempat menarik, macam batu , oh memang batu bukan macam dah, jadi kat situ lah jadi tempat nak bergambar.


- Unta berbaju merah dan aksi anehnya
- Alien berbaju biru dan aksi anehnya juga

Meh. Teka sapa tangkap gambar ni ? haha
Antara gambar yang ada kami semua, tapi blur sikit
Dan gambar ni, cuma Amin terlindung belakang aku , heh :p

Okay habis kat situ kami pun berjalan balik ke tempat bot berhenti tadi, memang tak mandi pun kat situ padahal pantai dia bersih dan air pun tenang ja.
....

Balik ke bilik ! dalam pukul 6 petang. Solat asar dan bersedia nak mandi kat pantai cenang.
Bergerak keluar dengan semangat dan terus berlari atas pasir yang putih dan poom ! terjun. tapi.
Ada rasa pelik sikit, rasa macam ada agar agar dalam air, semua tempat, tak selesa nak mandi.
Semua saling pandang muka masing masing, yup , semua orang rasa benda sama.
Kami tanya abang yang tengah naik jetski tu (mungkin lifeguard ) , dia kata tu telur obor obor.
Oh damn.
Rugi. Ruginya
Rugi tak mandi kat pantai yang kitorang pergi petang tadi.

Jadi, terpaksa batalkan hasrat nak terus mandi.
Tiba tiba ternampak obor obor, kami buat ekspedisi menjejaki obor obor pulak.
Abang naik jetski tu cuba nak tangkap tpi obor2 tu terlepas. Oh well, semua naik ke pantai dan berjalan atas pasir.

Kami terus berjalan , matahari semakin tenggelam, kami masih berjalan ke hujung sana.
Sambil berjalan, kami tengok kulit siput atas pantai, cari yang cantik, lepas tu lempar ke laut. lol, tak ada kerja. Tau lah tak boleh mandi pun.

Berjalan sampai ke hujung, ada resort di situ , siap dengan DJ dan khemah dan meja , kayu api dll.
Menarik juga, aku rasa macam nak pergi melawat tempat tu, tapi waktu tu dah mula gelap dan senja, kami pun berpatah balik.

Fulamak jauh juga kami berjalan sampai ke sini, okay semua pun mula berlari.
Ya aku pun ikut lari tapi sakit woi kaki aku, lenguh sebab banyak berjalan :p

lari lari lari lari berhenti , sambung lari lari
okay sampai bilik.

....

Masa untuk dinner. Berjalan jauh mencari kedai makan, last-last berhenti dekat KFC juga. Oh, sebelum tu sempat lah jenguk kedai coklat .

Selesai makan, Rancang nak pergi pekan Kuah.
Naik kereta yang masih tiada pelekat P.

Dengan bantuan GPS, selamat lah sampai ke pekan kuah. Ada uptown lagi walaupun dah pukul 10pm , hampir 11pm dah.
Seterusnya ke Dataran Lang.
11pm di Dataran Lang. lol ada apa ?

Muka budak ni menarik sangat, di bank kat Pekan Kuah. XD

Waktu malam. lol, dari bawah ja

Lepas tu , kami pun dah penat , nak balik lah. Anas teringin bawak so bagi je lah :p
Risau aku time tu , kot kot jatuh laut .
Singgah di 7E beli air dan blabla, berus gigi ubat gigi ( oh, ubat gigi tu jadi hadiah harijadi HAHAHA XD )

Amin kembali bawa kereta.
Nak ikut jalan pintas, GPS bagi jalan misteri. Bawa sampai masuk jalan kampung, perrhh dah la gelap jalan pun kecil. Aku tengok kiri dan kanan dengan harapan dapat jumpa entiti misteri, baru best boleh buat cerita. Tapi hasrat tak tercapai, kitorang patah balik ikut jalan besar.

Okay, saat cemas bermula.
Woi polis woi buat roadblock depan tu ! Semua muka cemas. Dah la tak ada Sticker P.
habis dah Amin, habis dah lesen hang.
Masa lalu kt Polis tu, semua muka suci murni ja. Yes ! Ingatkan dah lepas , k . tetiba dia suruh berhenti kat seberang jalan. Yahoooo ! best nya -_-

Polis minta lesen, tanya mana stiker P ?
Woi pakcik polis, kami dah pusing cari stiker P tak jmpa pun. Penat cari tetap tak jumpa. Then pakcik tu tanya pulak, kereta sewa eh ?
Ya.

Dia soal siasat sikit, oh rupanya tu kereta persendirian bukan kereta sewa yang sebenar
Okay good . Polis tu lepas kitorang. Tak lah kena saman. Fuh lega.

Sampai lah bilik..

Zzzzzz.
....

-4 November 2013-



Pagi tu kami bangun awal, pusing keliling langkawi mencari stiker P , takut nanti terjumpa polis lagi.

Dah penat cari, pasrah ja lah tak jumpa pun.
Misi seterusnya, ke Cable Car.
Tak sarapan lagi, lapar. Dalam perjalanan tengok lah kiri kanan cari kedai tapi tiada yang berkenan di hati.
Last-last terus sampai ke destinasi.

Beratur beli tiket, perhh orang ramai gila. Sesak woi.
Tiket dah beli, beratur untuk naik atas pulak, perhhhhh
lagi sesak woiii ! Sementara tunggu aku beli sandwiches, makan sebagai sarapan.

10 minit..
40 minit..
1 jam...
1 jam 20 minit..

Akhirnya berjaya juga masuk dalam cable car. lama gila beratur, dah la panjang. Aku tak pasti berapa lama kitorang beratur .

Impian Ikrimah terlaksana juga, dah lama dia teringin nak naik .
Aku pun lama juga tak naik, rasanya last naik masa 2010 .

.....

Mereka bertanding menangkap gmbar saya huahua


Kami terbang yeay ! selamat tak jatuh

Kbye

Lepas turun tu , terjumpa pula tempat bagi arnab makan. Ha ha ha .
Join lah. Kesian arnab, nampak lapar ja smua :'(
pffft.

"Mari makan!!" Jerit anas kepada anak anaknya

Arnab baju biru wakaka
Nampak arnab tu ? Muka tak rela ja

Lagi kelibat arnab tak rela. kesian arnab tu :'/
Lepas habis bermain dengan arnab, masa makan ! gila lapar woi.
Ada foodcourt kat tepi 'ladang' arnab tu, boleh la jgak rasa dia janji dapat makan.

Habis tu, kami terus menuju ke pekan kuah. Ke Haji Mail Group (Ismail), nama femes dia kan Mail haha.
Pulun beli coklat dua tan, oh. Aku dan Anas pula buat berkenan nak beli minyak wangi . K. Mula mula tengok harga, hmm. 200 , 300 ringgit. Rasa nak ucap selamat tinggal dah kat tempat tu, tetiba jumpa yang harga 70 ringgit . k boleh lah murah sikit.
Minta kat kak jaga kaunter tu nak bau , kak tu spray kat kertas dan bagi kami bau. Ada dua jenis berbeza, aku dan anas beli yang berlainan. settled.

Lepas tu keluar dari kompleks besaq tu, jalan kat kedai tepi tepi tu, tetiba jumpa mak menakan aku. ha ha ha..

....

Masuk surau.

lepas solat =_=

wakaka XD
Lepas tu terus menghala ke Jeti. Yeay nak balik dah ._.
Oh wait, masih ada beberapa jam sebelum feri berjalan (bergerak, dia mana ada kaki nak jalan ) , taktau nak buat apa.
tetiba nampak tempat bowling. Okay.
Jom main bowling !!!

habis tu terus berjalan ke terminal. ingatkan awal lagi, tengok2 semua orang dah siap masuk feri.
Oh damn.
Kena lari lagi
dah la kaki sakit kelmarin tak lega lagi hoi.
Fine , terpaksa lari.
kegigihan masuk , selamat masuk.

Akhirnya sampai lah ke Perlis dalam pukul 8pm lebih macam tu.
Aku terus naik kereta balik .

....


Habis cerita tu. Best lah jgak pengalaman pergi bercuti sendiri dengan kengkawan tanpa ada kelibat keluarga wakaka. Duit ? memang guna banyak. semua buat bajet 200 tapi guna lebih. kesian.

Harapnya lepas ni boleh la merantau lagi dengan diorang. Oh, Akmal dan Nabil tak pergi haha. Semoga nanti boleh p dengan semua, naik van nak ? kdak. Naik Bas atau Lori
:B

Sekian sudah post kali ini. sehingga berjumpa lagi.

Terimas kepada Anas Azmi dan Diri sendiri atas sumbangan gambar dan video.

Bye !

3 comments:

cahaya bermaruah =) said...

bestnyaa!!!!!!!!!!!!!!! :D

amani nasharuddin said...

great job with ur rojak essay.

Izzraif said...

Ppah : hahaha best lah jgak :P
Amani : thankyou haha. kena praktis lagi bagi rojak lagi lepas ni :3