Kelik kalau anda rajin,.. :] _

Wednesday 30 April 2014

Reminiscent Half-part

Hey, macam mana hidup dalam tahun 2014 ?
Gembiye? Deriye? Sengsaye? atau Biase Aye?

Dah, jangan jawab soalan atas itu. Pura - pura ambil berat dengan berselindung disebalik soalan itu. Ha !

Okay, beberapa jam yang lepas aku dengan sengaja membuka folder - folder yang tersimpan di dalam komputer ni. Dah beratus hari tak buka.
Bila aku klik saja folder itu, POOF !

Aura kenangan lepas berlegar keluar,
Ruang kosong masa kini diisi,
 Antara kesedaran mimpi dan fantasi,
Rebah dihimpit ketajaman realiti,
Awan kenangan menutup jiwa dan hati,

Resah tiada untuk kisah kini,
Asal kisah lama tebal dalam diri,
Risau wujud kisah kian dilupai,
Abai kisah lama hidup aku kembali.


Okay apa aku tulis tu? Semua ayat tu datang secara spontan. Teruskan cerita.

Gambar lama, video lalu, orang lama, hidup lalu. Rindu menebal memikirkan betapa indahnya kisah lama. Haha. Indah? Mungkin lah. 

Serius, memang seronok hidup pada zaman tu. Walaupun ada banyak kekangan dalam hidup dari segi kebebasan dan mungkin agak terkongkong dari abang senior ; asrama leee. 

Kisahnya dulu aku suka merapu, jadi wujudnya video ni. Eh,perlukah aku muat naik di sini ? Okay tebalkan muka boleh la. Blog aku juga kan ? LOL 

Video yang ni menunjukkan aku dan Hayazi dalam misi menyiasat perkara misteri yang terjadi di blok tingkatan 3. Eh? Bukan. Tingkatan 4. Okay dah lupa tingkatan berapa. Apa apa lah, jadi misi diteruskan sehingga ke kelas paling hujung. Bau asap misteri misteri lah sangat yang berlegar di sekitar kawasan terbabit. Video ni dari Februari 2011. Jadi masa tu aku tingkatan 4. Ha terjawab soalan atas tu, ni blok tingkatan 4, konfem !

           
 

"hari ni kita akan menyiasat.."
"maaf tuan tuan misi gagal"

Baru 3 tahun kan ? Jadi video ni tak lah antik sangat. Tapi serius kelakar bila teringat kembali. Masa ni hari sabtu / ahad, bebudak asrama tak balik minggu tu jadi memang masa free lah. 

Ini pula video kedua, aku buat persembahan. Bila tiada matlamat dalam hidup, bila kerja sekolah dibiarkan berteriakan di atas meja dibilik study, bila bosan hujung minggu, bila tiada matlamat dalam hidup eh macam dah taip tadi . Sedih kan ? Biasalah, tingkatan 4 kan tahun honeymoon macam yang selalu digembar gemburkan oleh guru. Tebal muka tengok diri sendiri haha.






"saya nurun hayazi.. rakan..RAKAN! ..."
"kita akan saksikan persembahan itu.."
"..adakah logik atau tak logik...?"
*me starts dancing*
*me runaways*
" saya isytiharkan esok cuti.."
 

Okay, fuh. Aku tak pasti apa yang merasuk fikiran aku pada masa tu, kelakuan yang misteri sekali. Menari pun macam orang sakit. Sila padam imej ini daripada otak anda sekarang. Padam terus. Jangan diingati lagi.

Terselit juga gambar dalam semua aktiviti ini.



Ini Nurun, dalam kelas 4 Umar. Wehoo. Kelas kami dulu. Atas ni aku, tu tak tidur.


K.
 Lame kan gambar - gambar tu ? Sangat. Memang. Hokayh.

Sekian sahaja, pendek je post kali ni. Kalau nak cerita pasal kisah yang lama memang ambil masa yang lama. Sambung sajalah nanti bila wujudnya rasa ingin menaip.

Noktah akhir

No comments: